Sunday 27 February 2011

Waris Wajib Lunaskan Hutang siMati


Betapa pentingnya soal hutang piutang simati yang wajib dilunaskan oleh waris yang masih hidup? bukan setakat hutang-hutang duniawi, bahkah hutang-hutang dengan Allah swt. 


Jika kita tidak memaklumkan kepada waris, maka kita bakal mengalami masalah yang sangat membebankan diri kita sendiri setelah meninggal dunia. Justeru, fungsi penulisan wasiat adalah berkaitan dengan cara dan bagaimana harta kita boleh membantu diri kita melangsaikan hutang piutang yang masih belum selesai setelah peninggalan kita. 
 
SOALAN:

Apabila seorang anak berhutang dengan ayahnya, kemudian ayahnya meninggal dunia. Hutang tersebut masih belum dibayar. Adakah rohnya akan terapung disebabkan perkara tersebut ataupun rohnya tidak apa-apa.Adakah hutang tersebut perlu dihalalkan sahaja sedangkan ibunya masih ada?


Jawapan:

Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi". (riwayat At-Tarmidzi, Ibn Majah, dan Al-Baihaqi)

Abu Said r.a. berkata: Telah dibawa kepada Rasulullah SAW jenazah untuk disembahyangkan, lalu baginda bertanya: "Adakah mayat ini masih menanggung hutang?" Sahabat menjawab: "Ya, Rasulullah".
Baginda bertanya: "Adakah ia ada meninggalkan harta kekayaan untuk membayarnya?" Jawab sahabat: "Tidak". Lalu baginda bersabda: "Sembahyanglah kamu pada kawanmu itu". Baginda sendiri tidak turut serta menyembahyangkannya. 

Kemudian Ali bin Abi Talib berkata: "Wahai Rasulullah, biarlah saya yang membayar hutangnya". Sesudah itu baginda segera maju untuk menyembahyangkan jenazah sambil berkata kepada Ali: "Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) daripada api neraka, sebagaimana kamu telah membebaskan tanggungan saudaramu yang Muslim itu. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) daripada api neraka pada hari kiamat kelak". (riwayat At-Tabrani)

Said ibn al-Athwa mengisahkan: "Ayah kami meninggal dunia dengan meninggalkan 300 dirham, juga keluarga dan hutang. Aku ingin memberikan nafkah kepada keluarganya", lalu Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya ayahmu tertahan oleh hutangnya (rohnya tertahan). Oleh kerena itu bayarlah hutangnya itu". (riwayat Ahmad)

Inilah di antara hadis-hadis Rasulullah SAW yang memberi peringatan kepada mereka yang berhutang sedang bertemu ajal sebelum melangsaikan hutang semasa hidup. 

Jelas sekali dalam hadis-hadis baginda, bahawa mereka yang berhutang terpaksa berhadapan dengan hukuman roh yang tidak diterima untuk mendapat balasan. 

Sebenarnya, keadaan sebegini adalah sangat rumit kerana roh sepatutnya berada di alam barzakh bagi menemui nasib sama ada baik atau buruk. Tanpa mengetahui nasib tempat persinggahan adalah azab. 

Berkaitan dengan soalan anda, saudara juga akan berhadapan dengan keadaan yang sama sekiranya saudara gagal melangsaikan hutang kepada mereka yang saudara berhutang walaupun hutang itu saudara beroleh daripada ayah sendiri, melainkan hutang itu dihalalkan.

Hutang tetap atas leher orang yang berhutang selagi mana ia tidak dihalalkan. Dalam keadaan sekarang saudara perlu melangsaikan hutang tersebut kepada waris terdekat iaitu bonda saudara, sekiranya bonda juga telah sudah tiada, bayaran itu kepada adik-beradik yang belum baligh, kerana mereka bergelar yatim.

Jika adik-beradik semuanya dewasa, maka duit hutang digunakan bagi melangsai hutang ayah jika ada. Sekiranya semua keadaan itu tidak wujud maka duit hutang dimasukkan dalam harta pusaka untuk diagihkan kepada secara faraid. 

Justeru, Islam amat menitikberatkan persoalan memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia hingga ke akhirat kelak.
Seseorang yang berhutang wajib menjelaskan segala hutangnya, dan sekiranya ia meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan hutangnya maka tanggungjawab untuk membayar hutang tersebut adalah ke atas warisnya. 

Semua hutang sama ada melibatkan orang perseorangan, pihak bank dan sebagainya hendaklah dibayar tanpa mengira jumlahnya yang sedikit ataupun banyak.

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya pada hari kiamat: Apakah kamu mengira bahawa Aku tidak akan menuntut hak hamba-Ku? Maka diambil amal kebajikan orang itu dan diberikan kepada orang yang memberi hutang dan jika orang yang berhutang tidak mempunyai amal kebajikan, maka segala dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan kepada orang yang berhutang".

sumber artikel : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

Wasiat Sebenarnya Untuk Siapa?


Pernah berbual dengan teman anda tentang wasiat? 
Agaknyakan apa reaksi teman bual anda? 
Mungkin bersetuju bahawa, penulisan wasiat itu perlu dan penting. 
Mungkin saja tidak bersetuju, asbab salah faham dan rasa sensetif serta 'fobia' bila perkataan 'wasiat' disebut. alasan  paling senang, belum nak mati lagi.     


Oh ye ke? benarkah? 
betullah, memang kalau boleh sampai usia 100 tahun pun kita masih belum mahu mati lagi, tapi Kuasa Allah mengatasi kemahuan manusia dan ia adalah fitrah. Justeru mati itu pasti. 

Semua orang tahu. Perkara yang paling penting dalam hidup kita adalah keluarga - betul! 


Juga yang penting adalah harta yang telah anda usahakan dan kumpulkan sepanjang usia anda.- juga betul!


Waktu kita masih kuat dan waras kita masih mampu untuk menguruskan segala keperluan diri dan harta, namun pada ketika kita hilang keupayaan,  sebahagian dari keputusan penting yang melibatkan diri kita, seperti pengurusan kesihatan, kewangan, harta dan perniagaan akan dibuat oleh orang lain.


Maka itu,bila anda tahu dan sedar bahawa hal ini adalah diluar dari kemampuan kuasa kita untuk menghalang dari sebarang kejadian tidak diingini dari berlaku, maka Perancangan harta pusaka yang baik akan membolehkan anda untuk melindungi kedua-dua yang anda sayangi, iaitu keluarga /waris dan harta anda, serta anda boleh memilih siapa yang anda percayai untuk membantu anda menguruskan urusan peribadi anda sekiranya berlaku sesuatu seperti hilang keupayaan atau kematian.


Merancang sesuatu yang baik dan meninggalkan yang terbaik untuk para waris adalah perlu agar mereka yang tinggal tidak terainaya dan simati pula pergi dengan tenang dan aman, kerana segala urusan didunia ini juga akan berkaitan diakhirat.


Siapa Sebenarnya Mendapat Manfaat?

Mungkin kita terlepas pandang, bahawa, wasiat bukan sekadar menyenangkan waris yang tinggal dengan mendapat bahagian masing-masing, akan tetapi sebenarnya seakan penebus yang  memudahkan kita diakhirat kelak iaitu dengan terurusnya hutang-hutang yang kita tinggalkan. 


Bukankah kita tahu bahawa, selagi kita masih berhutang, kita wajib melunas dan melangsaikan hutang-hutang tersebut sebelum kita meninggaldunia agar kita dapat mengadap Allah swt dengan tenang dan bukankah syurga itu impian semua orang, namun apabila sahaja kita meninggaldunia sebelum melangsaikan hutang piutang kita, maka segala urusan kita diakhirat juga akan menjadi sangat sukar.

 Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi". (riwayat At-Tarmidzi, Ibn Majah, dan Al-Baihaqi)


Justeru, wasiat berfungsi seumpama 'pengurus' anda yang akan melangsaikan hutang anda yang tertinggal sebelum sempat anda selesaikan. Juga memudahkan urusan pembahagian/pengagihan atas harta pusaka yang ditinggalkan. 


Mana yang anda Mahu?

Meninggal dalam keadaan tenang, hutang anda terbayar dan terurus, waris mendapat hak dan bahagian dengan adil dan saksama.

atau


Anda meninggal dunia dalam keadaan masih lagi berhutang dan tidak dapat diselesaikan, waris tidak mendapat bahagian dan hak yang sepatutnya akibat harta anda dibekukan?







KESAN HARTA DIBEKU DAN PEREBUTAN HARTA PUSAKA!

 Mungkin apa yang akan anda lihat, tiada kena mengena dengan anda. Tidak mengalaminya, atau tidak pernah terfikir akan mengalami situasi seperti mana mereka yang telah melaluinya. 

Kepada yang telah meninggal dunia, agaknya pernah atau tidak mereka terfikir bahawa inilah yang akan terjadi kepada ahli waris mereka akibat dari tiada tindakkan yang betul dalam pengurusan harta pusaka yang ditinggalkan. 


Sebagai manusia, kematian itu pasti, bila? itu bukanlah urusan kita, itu adalah Urusan dan Aturan Allah swt. Tanggungjawab kita ialah untuk melaksanakan apa yang sepatutnya kita urus dan atur sebelum kita meninggalkan waris yang kita sayangi dengan tenang dan cukup keperluan serta tidak terainaya akibat kecuaian kita merancang, mengatur dan mengurus harta.

Justeru itu, bertindaklah segera dengan sistem pembahagian harta pusaka dimana ia merangkumi

*  Menyelesaikan perbelanjaan pengkebumian
*  Menyelesaikan hutang-hutang (dunia dan akhirat)
*  Menyelesaikan harta sepencarian
*  Melaksanakan Wasiat
*  Membahagikan harta yang tinggal mengikut sistem Faraid.