Saturday 25 June 2011

Akibat Tidak Merancang Harta, Hutang Menuntut Sampai Ke Kubur!!

Dibawah saya kongsikan sebuah kejadian sebenar. Ia berlaku bbrp tahun lalu, dikirimkan kepada saya lewat email, saya sunguh tersentuh.
Tak pasti nak kata macamana perasaan saya,  sebagai orang luar yang memandang, kedua-dua pihak salah. 

1. Orang yang berhutang tidak peka dan tidak meninggalkan pesan kepada waris tentang hutang. Lalu ia menimbulkan banyak masalah. Simati menanggung hutang yang tidak langsai hingga akhir hayat. Waris tidak dapat membantu menyelesaikan hutang dan menimbulkan kekacauan emosi, malu, marah, sakit hati, geram!


2. Orang yang menuntut hutang juga, seharusnya bertindak logik, janganlah disebabkan hutang, aib orang dibuka. Jika tahu dimana kuburnya, tentu juga tahu dimana waris simati boleh dihubungi. Justeru, carilah waris-warisnya, kemukakan bukti simati pernah berhutang, tuntutlah dengan cara yang betul dan mengikut lunas undang-undang.


Maka sebab itulah, mengapa merancang dan  menguruskan harta sebelum kematian kita sangat perlu dilakukan. Tapi menyedihkan, kita sebaliknya hanya mengurus dan merancang bagaimana mendapatkan dan mengumpul harta.

kita sering abaikan dan memandang ringan serta mengambil mudah bahagian kemuncak dari semua pengumpulan harta yang ada iaitu, pembahagiannya
*bagaimana?
*hutang-hutang diselesaikan cara apa?
*Harta yang tinggal harus di bahagikan kepada siapa? 
*Berapa bahagian? 
*Siapa lagi yang layak?
*Bagaimana Kalau aku ingin bersedekah, wakaf?


Bila diajukan cadangan dan persoalan, kita terus- terusan menangguhkan dan melambat-lambatkan tindakkan. 

Lalu, ketika kita masih lagi bertangguh dan kematian mendahului kita, maka inilah salah satu kesan dan akibat dari sikap kita yang ambil mudah segala resiko. 


Paling dikesali, kita masih lagi salah faham bahawa, kita tak perlu untuk kita merancang dan merangka wasiat, menulisnya apatah lagi, kerana kita rasa, sistem pembahagian Islam iaitu Faraid telah ada, jadi kalaulah aku mati esok pagi pun, tak ada masalah. 


Walhal sekali lagi ditegaskan bahawa, Perancangan Harta Pusaka iaitu Penulisan Wasiat anda, adalah bertindak sebagai PENTADBIR kepada Harta dan Faraid itu bertindak sebagai Cara PENGAGIHAN. 


Jika disesebuah organisasi, ada pekerja, tapi tiada bahagian yang menguruskannya, adakah mudah pekerja faham, tahu, bertindak mengikut apa yang diamanahkan?

Justeru, ambil sedetik masa dan fikirkan "kalaulah aku mati esok?" ...K A L A U  L  A H!!!



********
Kisah ini saya ambil dari email yang dikirimkan kepada saya..


Selalu kita mendengar hal kepentingan selesaikan hutang dan isu kematian.

Gambar yg disertakan ini adalah literally hutang datang ke kubur utk menuntut hutang.

Ianya saya rakamkan di kubur Lembah Keramat belakang petronas, dimana satu batu  nisan diselubungkan dgn plastik dan di dalamnya ada message hal hutang dan yg menuntut hutang siap letak business card didalam plastik itu.

Mungkin yg tuntut hutang ni letak dgn harapan ahli keluarga akan contact dialah.So hati hati ngan hutang..jgn dia datang atas kubur...datang dlm kubur tu satu hal lagi.

Sunday 12 June 2011

siapa Patut Berwasiat?

Ada ketika waktu menghulurkan kad perniagaan, orang akan berkata "eh, perlukan Pengurusan Harta Pusaka ni. Nak kena tulis ke wasiat?


Kenapa tidak? Pengurusan Harta Pusaka sememangnya perlu kepada semua orang, malah terdapat segolongan yang dirasakan harus segera menulis Wasiat ini, sebagaimana berikutnya 


* Mereka yang memiliki harta - sering kita beralasan, bahawa kita 'tak ada harta' tanpa disedari,kita sebenarnya banyak harta, samada harta warisan dari org tua, atau paling tidak simpanan tunai atau KWSP masih juga dikira harta kita.


*Mereka yang mempunyai hutang. Hutang dunia dan utama hutang (kepada ALLAH atau manusia) yang belum dijelaskan. bagaimana waris dapat membantu dan menyelamatkan anda jika mereka tidak tahu dimana, dengan siapa, bila, berapa jumlah hutang anda ..dunia dan akhiarat. ?


*Lelaki yang berpoligami - walapun anda berpoligami dengan telus, dimana setiap dari isteri anda tahu bahawa mereka adalah dalam sebuah perkahwinan berpoligami, Wasiat sangat diperlukan, dimana terdapat hak dan bahagian yang mungkin perlu diberikan secara khusus dan khas, seperti harta sepencarian untuk setiap isteri, mungkin juga hibah dan tabung amanah untuk anak-anak dibawah umur. Apatah lagi jika anda merahsiakan perkahwian seterusnya dan setelah anda meninggal dunia, ia pasti menimbulkan masalah yang sangat berat.


*Ibu dan bapa tunggal - Untuk anak dan waris yang tinggal apatah lagi jika anak-anak anda dibawah umur sekiranya terjadi kematian keatas anda


*Mereka yang mempunyai anak angkat/anak tiri - anak angkat atau anak tiri tidak akan mendapat bahagian dari harta pusaka, akan tetapi anda masih boleh memberikan sebahagiannya melalui wasiat


*Mereka yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun - Ini yang dikatakan anak-anak bawah umur, sekiranya terjadi kematian kepada anda, mereka tidak layak dan belum berhak menguruskan harta pusaka peninggalan anda, justeru bagaimana untuk melindungi hak mereka yang mungkin sekali terabai


*Mereka yang menjalankan perniagaan - Bagaimana anda boleh bersungguh- sungguh mengurus dan merancang perniagaan anda sehingga anda berjaya tetapi anda gagal untuk melindungi bahagian dan hak yang anda usahakan untuk waris anda yang tinggal?


*Mereka yang ingin membuat amal jariah melalui wasiat - Berwasiat bukan sahaja untuk bahagian waris yang ditinggalkan, anda sebenarnya boleh berpesan untuk diri anda sendiri, pesanan yang akan terlaksana selepas anda meninggal dunia dan ia akan menjadi saham untuk anda diakhirat. Dengan berwasiat anda boleh membahagikan sebahagian dari harta anda untuk sedekah dan wakaf.

Justeru mengapa harus dipandang ringan Pengurusan Harta Pusaka anda? Anda bertungkus lumus mengumpul dan membangunkan harta, sampai pada satu tahap yang anda inginkan, tapi anda terlupa bahawa, menguruskannya bukan sekadar sewaktu anda hidup, anda harus meninggalkan pesanan bagaimana ia harus diuruskan dan diagihkan setelah anda meninggal dunia dan ia adalah satu kemestian agar waris yang tinggal juga tidak mengalami kepayahan akibat tiada wasiat.