"Tak apalah, saya bukannya ada harta pun, muda lagi, pulak tu tak kawin lagi pun"..
Itu satu suara yang saya dengar waktu kami membuka kaunter tempoh hari. Alasan tidak ada harta dan masih muda mungkin perkara biasa, maklumlah, orang muda, jarang yang ingat mati, waima mati itu tidak pernah memberi signal bila ia akan datang.
Namun bila seorang yang telah berusia senja, sudah barang tentu punya harta walaupun tidak bergedung. Barang pasti ada simpanan, mungkin ada sedikit saham, insuran dan lain-lain. Justeru anda disarankan agar bertindak segera menulis wasiat sebelum masalah-masalah seperti ini melanda.
Apabila berlakunya kematian keatas individu dan simati tidak mempunyai wasiat, maka ketahuilah bahawa satu senarai kesukaran telah ditinggalkan olehnya kepada waris-waris.
1. Akaun bank akan dibekukan dan aliran tunai akan disekat.-
Bagaimana mungkin wang anda boleh dikeluarkan, sedangkan si empunya telah meninggal dunia.
Berapa lama anak dan isteri boleh bertahan dengan tiadanya wang tunai ditangan? bagaimana urusan seharian, perbelanjaan dan urusan persekolahan anak-anak?
2. Saham-saham akan dibekukan dan mungkin berlaku penyusutan nilai.-
kelewatan mencairkan saham akan menyebabkan resiko saham akan susut nilai, dari RM500,000.00 mungkin yang tinggal hanya RM100,000.00
3. Harta yang dibekukan adalah tertakluk kepada berbagai pembayaran.-
* cukai pendapatan
* yuran guaman
* kos hospital
*perbelanjaan pengkebumian
*bank
*yuran wasi/ pentadbir harta
* dan lain-lain
4. Tidak dapat mengenal pasti dengan tepat eset dan liabiliti-
SIAPA YANG TAHU?
*Dimanakah Geran Tanah, Penyata Bank, Surat-surat Perjanjian/ Perkongsian Perniagaan?
*Dimanakah ia berada?
*Adakah harta diluar Negara? Dimana?
*Apakah harta-harta tersebut?
*Masihkah terdapat pembayaran kad kredit yang masih belum selesai?
*Adakah tunggakkan cukai pendapatan?
*Adakah pinjaman peribadi yang masih tidak selesai?
*Berapakah jumlah akaun Bank, Amanah Saham, EPF, Insuran dll?
*Adakah hutang dengan individu yang masih belum dijelaskan?
5. Akan terjadi dimana telalu ramai yang berkongsi harta yang sama –
Bagaimana jika anda ada hanya sebuah rumah dan waris yang tinggal ialah ibu, isteri dan anak-anak.
6.Kemungkinan harta yang ada akan dituntut oleh ahli keluarga yang lain. –
Sekiranya anda ada hanya seorang anak perempuan, dia dibawah umur dan simati/ anda masih ada ibu, bapa, abang serta kakak.
7.Anak angkat tidak dapat menerima aset simati kerana tidak layak dibawah faraid –
Bagaimana sayang pun anda kepada anak angkat, dia tidak layak mendapat bahagian dalam harta yang ditingalkan, bagaimana masa depan anak angkat anda sekiranya dia masih dibawah umur.
8.Harus melantik Pentadbir harta –
Harta tidak akan dibahagikan sehinggalah pentadbir harta dilantik dan ini mengambil masa, berbulan hinga bertahun-tahun lamanya.
Malah semakin merumitkan keadaan jika ahli keluarga berebut untuk menjadi pentadbir harta.
9. Perlu kepada 2 orang penjamin –
Mahkamah memerlukan 2 orang penjamin, untuk mentadbirkan harta pusaka simati.
Masalah akan bertambah rumit apabila penjamin mestilah mempunyai nilai harta yang sama atau melebihi si mati.
Jika simati mempunyai terlalu banyak eset, Agak sukar mendapatkan penjamin yang mempunyai harta yang sama nilai dengan harta pusaka simati.
Malah jika pentadbir harta melarikan diri berserta eset, maka ia menjadi tanggungjawab 2 penjamin.
PERSOALANNYA: SIAPA YANG SANGGUP?
Maka masa yang sangat lama diperlukan untuk menyelesaikan masalah pengurusan dan pembahagian harta jika anda meninggal dunia tanpa membuat wasiat
10. Keluarga adalah ditempat terakhir dalam pengagihan harta –
Sungguh menyedihkab bila anda meninggal dunia, anda membiarkan orang / pihak lain yang menguruskan dan menikmati dahulu hasil yang anda usahakan bertahun lamanya. Lalu meninggalkan sisa untuk kelurga anda.
Tidak sepatutnya keluarga tersayang di kedudukan TERAKHIR apabila aset dibekukan!
11.PENGAGIHAN HARTA BERDASARKAN FARAID AKAN LEBIH SUKAR –
Seringkali yang kita salah fahami bahawa tidak memerlukan lansung wasiat kerana sebagai orang Islam kita telah ada satu cara pembahagian harta iaitu Faraid. Sedangkan Faraid hanya akan terlaksana hanya setelah probet (surat pelantikan kuasa pentadbir) diperolehi dari mahkamah dan wasi telah dilantik.
Malahan ia sering mengambil masa yang lama sekitar 2-3 tahun untuk mendapatkan Surat Pentadbiran, akibat waris yang mungkin tidak tahu menguruskan, tiada masa, sukar mencapai kata sepakat, berbalahan, tidak mempunyai cukup wang untuk menyelesaikan juga caj perundangan bagi permohonan LA yang tinggi.
Tidak siapa yang tahu bagaimana anda menguruskan harta anda. Kecuali anda sendiri. Justeru dengan kematian yang tidak tahu bila waktunya dan tidak pula meninggalkan wasiat sudah tentu waris akan mengalami kerugian bila harta yang sepatutnya boleh diwariskan tetapi tidak diterima. Hutang anda pula tidak dapat dilangsaikan.
Dengan sedikit senarai asas diatas, apakah anda masih tidak bersedia untuk melakukan tindakkan sekarang. Hubungi kami agar kami dapat membantu anda:
1. Mengelakkan masalah atas harta pusaka anda
2. Memastikan harta anda dibahagikan kepada orang yang tersayang dengan adil dan saksama
3. Mengelakkan pertelingkahan diantara ahli keluarga
4. 3M – Mengumpulkan, Memulihara, Mengagihkan harta dan kewangan anda dengan cara paling efektif dan efisyen.