Ada yang kata wakaf ialah tempat atau pondok untuk kita rehat-rehat dimana-mana taman yang kita jumpa, tertulis perkataan 'wakaf' , namun ada pula yang menyangka, wakaf itu nama tempat seperti 'wakaf nek zainab' yang terdapat di Kelantan.
Manakala ada juga yang kata, wakaf itu, ialah apa-apa harta yang kita berikan kepada mana-mana pihak untuk di'sedekah'kan.
Agaknya yang mana satu betul?
APA ITU WAKAF?
Dalam bahasa Arab, wakaf bererti penahanan.
yang membawa maksud : pemberian yang tidak boleh dibatalkan, ia dibuat secara nyata atau secara tersirat untuk tujuan kebajikan dan mendapatkan pahala daripada Allah swt.
Manakala harta yang sering diwakafkan ialah sebidang tanah.
Apa bezanya Wakaf dengan Sedekah?
* Sedekah diberikan kepada golongan yang memerlukan, manakala wakaf pula ditujukan bagi kegunaan seluruh masyarakat secara umum, miskipun golongan yang memerlukan diberikan keutamaan.
* Sedekah adalah sesuatu yang boleh dipindah milik. Manakala sesuatu harta apabila telah diwakafkan, si pemilik sudah tidak memiliki hak dan tidak lagi akan campurtangan keatas harta yang telah diwakafkan tersebut.
* Sedekah boleh diberikan didalam apa bentuk sekalipun manakala wakaf adalah terhad kepada sesuatu harta dimana harta tersebut boleh mendatangkan hasil atau menjana lebih banyak manfaat secara berterusan atau bentuk hasil yang boleh disimpan.
~ contohnya tanah yang diwakafkan boleh dibangunkan sebagai masjid atau sekolah atau hospital dan lain-lain yang boleh membawa manfaat kepada masyarakat.
diriwayatkan oleh Ibn Umar :
" ketika Umar mendapat sebidang tanah di Khaibar (melalui peperangan) , dia telah bertanya kepada Rasulullah, Aku dapat satu tanah di khaibar, aku belum pernah dapat tanah yang lebih berharga daripada tanah tersebut, apakah nasihatmu kepadaku? maka sabda Rasulullah " kalau kamu mahu, simpanlah ia sebagai wakaf untuk digunakan bagi tujuan kebajikan kepada fakir, kaum kerabat, hamba abdi, tetamu-tetamu dan orang yang bermusafir dengan syarat tanah tersebut tidak dujual, tidak dihibah dan tidak diwarisi. Tidak menjadi kesalahan bagi orang yang mentadbirnya untuk memakan dan memberi makan kepada orang lain daripada hasilnya sekadar keperluannya dengan syarat dia tidak menjadikan tanah tersebut hartanya"
- sahih Al bukhari
HIKMAH WAKAF
* Sebagai salah satu cara untuk beribadah kepada Allah swt.
* Membuka jalan bagi orang-orang yang beriman yang suka memberi wakaf dan berlumba-lumba dalam amal kebajikan da mengharapkan pahala.
* Untuk kebaikan Islam, seperti membena masjid, surau, tanah perkuburan rumah anak-anak yatim dan sebagainya.
* Membantu mengurangkan beban orang fakir dan miskin serta anak yatim.
- sumber As Salihin