Harta Sepencarian



Apa itu harta sepencarian?  

Iaitu harta yang diperolehi oleh:

* suami dan isteri

* sepanjang perkahwinan yang sah


Definisi Harta Sepencarian 

* Dari istilah 'sama-sama sepencarian' iaitu amalan lazim masyarakat melayu.

* Kadi besar Pulau Pinang Hj. Harunsani B.Hj.Zakaria (pada masa itu) / (Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria adalah Mufti Perak). ketika memutuskan satu kes (Pian bt. Said lwn che Lah b. Awang - 1983,jlf.2H.J) harta sepencarian diiktiraf :


"Harta yang diperolehi bersama-sama suami isteri itu hidup bersama dan berusaha, sama ada kedua pasangan itu sama-sama bekerja dalam bidang yang sama atau dalam bidang yang berlainan dan samada secara rasmi atau tidak rasmi sama ada dibahagikan tugas atau tidak."


* Tiada nas Al Quran atau Al Hadis tentang harta sepencarian ini
 pun begitu 

* adat yang baik diterima menjadi undang-undang Islam

Harta Sepencarian Ialah :

* sesuatu harta samada harta alih atau tidak alih yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri hasil daripada usaha dan sumbangan bersama dalam tempoh perkahwinan mereka dan termasuklah juga nilai harta yang diperolehi sebelum mereka berkahwin (harta asal) yang telah dimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan  melalui hasil usaha bersama


Syarat Untuk Harta Sepencarian


* Diperolehi sepanjang tempuh perkahwinan


* kedua-dua pihak memberikan sumbangan secara lansung atau tidak lansung terhadap perolehan harta tersebut.

* Sumbangan perlu dibuktikan 

* Bukan harta amanah  


Tambahan : yang dimaksudkan sebagai sumbangan secara lansung dan tidak lansung adalah seperti berikut


~ situasi 1.

* Isteri sama-sama bekerja, membeli rumah atas nama bersama suami dan isteri, isteri menyumbang bayaran untuk rumah tersebut, tidak kira samada sumbangan isteri itu sama banyak atau kurang ia dikira sebagai sumbangan secara lansung.

~ situasi 2.


* Isteri tidak bekerja, suami membeli rumah dan hanya atas nama sisuami dan hanya suami yang membuat bayaran penuh keatas rumah tersebut, akan tetapi, isteri yang tidak bekerja ini telah menyumbang tenaganya sebagai surirumah yang menjaga harta dan menguruskan anak-anak sehingga memudahkan sisuami keluar mencari nafkah, maka ini diiktiraf sebagai sumbangan secara tidak lansung.


Adakah mana-mana harta yang tidak termasuk dalam kategori harta sepencarian?


Ya ada iaitu :

* Harta yang didapati melalui pusaka (faraid)


* Harta yang didapati melalui hibah samasa sebelum atau semsa perkahwinan

* Wang KWSP - juga TIDAK boleh dianggap atau  diiktiraf sebagai harta sepencarian  ~  Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia : 22 /Feb / 2005.


* Insurans dan polisi Takaful

* Harta yang terletak diluar Malaysia



* Harta yang terlarang dalam Islam.
- sumber : As Salihin