Apa itu wasiat?
Dari segi bahasa, ahli-ahli fiqh mazhab Syafie berpendapat wasiat berasal dari perkataan “wassa” yang bermaksud menghubungkan atau menyampaikan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang semasa hidupnya dengan ganjaran pahala selepas dia meninggal dunia.
Dari segi istilahnya, menurut mazhab Syafie wasiat ialah pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz ataupun tidak. Manakala beberapa fuqaha’ lain mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimiliki oleh penerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat.
wasiat ertinya iqrar atau keinginan seseorang, yang dinyatakan olehnya, dengan terang secara bertulis , yang dibuat sewaktu dia masih hidup, untuk harta-harta yang dimilikinya bagi disempurnakan, atau untuk diuruskan pengagihannya, sebagaimana dibenarkan oleh hukum syarak selepas berlaku KEMATIAN sipewasiat.
* wasiat adalah instrument bertulis untuk pengagihan harta pusaka selepas kematian.
* wasiat ini boleh dibatalkan, diubahsuai,ditambah, oleh sipewasiat sebelum kematiannya.
* Justeru apabila seseorang yang mempunyai harta, tidak menulis wasiat, maka pemilik harta pusaka diiktiraf sebagai kematian tidak berwasiat.
Ada yang mendakwa menulis wasiat itu haram. Benarkah begitu?
Mungkinkah kerana kita terkhilaf, bahawa kita telah ada satu kaedah pembahagian harta pusaka simati iaitu secara Faraid, maka wasiat itu disalah anggap sebagai haram untuk ditulis?.
Kiranya anda masih tertanya-tanya hal ini, mari kita lihat beberapa petikan hadis Baginda Rasulullah saw, juga beberapa petikan Al Quran berkaitan wasiat ini antaranya
Dari Abdullah bin Umar Rasulullah saw bersabda
"Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah kepala"
"Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagaimana suatu kewajiban keatas orang -orang yang takwa'' - ( surah Al Baqarah : 180)
" Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka ) untuk anak-anakmu iaitu : bahagian anak lelaki sama dengan bahagian dua anak perempuan dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka 2/3 dari harta yang ditinggalkan, jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperolehi separuh harta, dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya 1/6 dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak, jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (saja) maka ibunya mendapat 1/3, jika yang meninggal itu mempunyai bapa saudara, maka ibunya mendapat 1/6 (pembahagian itu) ialah sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa diantara mereka yang lebih dekar (banyak) manfaatnya bagimu, ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana - (Surah An-Nisa :11)
Hari ini, jika anda masih keliru dan masih ragu-ragu serta salah faham atau salah sangka tentang wasiat, lihatlah petikan dari Hadis Baginda Muhammad saw juga petikan dari Firman Allah swt tentang peri pentingnya merancang dan menulis wasiat.
Justeru blog ini diwujudkan untuk kita bersama-sama mendapat manfaat dan ilmu tentang bagaimana merancang pengagihan harta secara betul dengan keperluan yang tertentu kepada waris kerabat yang tertentu mengikut kepentingan mereka selama ia masih mengikut lunas dan hukum syara' dan tidak mengabaikan hak dan bahagian waris lainnya sebagaimana yang termaktub dalam hukum faraid.
* kami juga mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk membentuk satu kumpulan perbincangan (minimum 5 orang) dan kami bersedia untuk berkongsi dengan anda dan khidmat rundingcara kami dilakukan secara PERCUMA.
terima kasih kerana memberi kepercayaan anda kepada kami.
Jadi Tunggu apa lagi ~ anda dialu-alukan untuk menghubungi saya : Ummi - 019 675 2575
sekadar gambar hiasan