FARAID

Apa itu Faraid?

Sebahagian besar dan rata-rata umat islam hanya tahu Faraid itu untuk bagi harta orang yang meninggal dunia. Akan tetapi bila ditanya bagaimana ia dilaksanakan dan bagaimana ia dikira dan dilakukan, ada yang tahu tapi tidak pasti dan rata-rata, lansung tidak tahu bagaimana ia diaplikasikan. 


Maka ia sesuai benarlah sebagaimana yang telah di sabdakan oleh Junjungan Besar Muhammad Saw. Bahawa kita harus mempelajari tentang Ilmu Faraid ini dan harus juga mendidik masyarakat umum agar tahu bagaimana mengaplikasikan ia.



" pelajarilah Ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ia adalah separuh dari ilmu yang akan dilupakan, Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku, sesungguhnya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati, akan berlaku kacau bilau, sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang akan menyelesaikan masalah mereka" - riwayat Al Hakim dari Ibnu Mas'ud.

"Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." / (11)

" Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar." / (12)

* Faraid sangat penting dalam undang-undang Islam.

* pengetahuan asas kepada Perancangan Harta Pusaka Islam.


* Sebagaimana wasiat yang menyatakan keinginan atau ikrar sipenulis wasiat untuk hartanya, Faraid adalah jalan terakhir sekiranya wasiat yang ditulis tidak mendapat persetujuaan waris-waris si penulis wasiat.

*Diguna pakai apabila terdapat pertelingkahan atau ketidak puasan hati dikalangan benefisari (waris yang mendapat faedah dalam wasiat atau tanpa wasiat).



* Membezakan antara perancanan harta bagi orang islam dan bukan islam


* Penting samada kematian yang berlaku dengan (ada menulis) wasiat atau tanpa wasiat.