WASI

Wasi ialah individu / pihak yang dilantik oleh simati ( ketika hidupnya) untuk menguruskan harta setelah kematiannya. Tugas wasi sangat mustahak, ia tidak melibatkan ahli waris.

Wasi boleh terdiri dikalangan

* Individu

* Syarikat Pemegang Amanah (cth : As-Salihin Trustee Berhad)

Justeru sekiranya Wasi yang dilantik adalah individu maka dia hendaklah :

* Islam / orang bukan Islam sama sekali tidak layak dilantik sebagai pengurus harta pusaka orang Islam.

* Dewasa - 18 tahun keatas.

* Waras

*Boleh memikul amanah dan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang wasi

* Sekiranya pewasiat mempunyai anak dibawah umur dan melantik wasi individu, maka pewasiat hendaklah menamakan dua orang wasi sebagai wasi bersama.

Wasi yang dilantik adalah digalakkan sebanyak 2 orang atau maksimum 4 orang. Namun sekiranya simati telah melantik syarikat Amanah (As-Salihin) sebagai wasi, maka 1 orang wasi adalah memadai.

Tugas-tugas WASI
1. Mengenal pasti wasiat

2. Mendapatkan probet

3. Menghimpunkan semua harta peninggalan si mati

4. Membayar semua hutang si mati (dunia dan akhirat)

5. Menyediakan penyata akaun

6. Membahagikan semua harta si mati mengikut wasiatnya

7. Membahagi baki harta si mati mengikut faraid


lebih lama anda bertangguh dalam merancang Pengurusan Harta anda, lebih banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang akan dibazirkan dan waris akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan hak mereka yang sepatutnya dipermudahkan oleh anda!