AMANAH


Kalau bahasa biasa kita seharian, amanah ialah satu pesanan  (kemahuan) yang kita titipkan kepada seseorang yang kita percayai untuk menguruskannya, menjaga, melindungi, samada semasa kita masih hidup, bepergian atau setelah kematian kita. 

Atau sebahagian dari petikan blog drfauzee.blogspot.com 
Definisi Amanah: 

Perkataan amanah itu berasal dari bahasa Arab. Dalam bahasa kita ia boleh dikata sebagai kepercayaan, pertaruhan, kesetiaan, lurus, dan sebagainya. Dalam kata lain ia adalah sesuatu yang diserahkan kepada seseorang untuk disimpan, dijaga dan dipelihara, samada berupa harta, rahsia atau selainnya.

Sebagai contoh seseorang yang akan berpergian atau bermusafir biasanya akan menyerahkan hartanya kepada seorang lain untuk dijaga semasa beliau bermusafir.


Dalam Islam amanah diertikan sebagai sesuatu yang diserahkan untuk dipelihara dan dijaga, ia merangumi harta benda, kehormatan diri, hak-hak manusia dan agama.

Orang yang menjaga amanah dan melaksana apa yang sepatutnya berupa penjagaan dan pemeliharaan dinamakan al-amin. Lawannya ialah pengkhianat apabila ia menguruskannya diluar dari batas-batas syara` seperti menjual, mengurang, engkar atau abai dalam penjagaannya.


Amanah merupakan bebanan yang berat yang dipikul oleh manusia setelah ia ditolak oleh yang lain.


Justeru itu amanah bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah atau dipermudahkan.  Ia adalah satu  tugas yang sangat berat dan harus dilaksanakan dengan tanggunjawab.


Manakala dari segi Agama secara bahasanya bermaksud al-wafa' (memenuhi) dan wadiah (titipan). 

Seorang muslim memenuhi apa yang telah diamanahkan kepadanya. sebagaimana yang telah difirmankan Allah swt :

"  sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum diantara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil" - Surah An-Nisa : 58 

Justeru, apa kaitannya amanah dan wasiat?

Wasiat, ia adalah satu penyataan akan keinginan dan ikrar seorang pewasiat, namun wasiat boleh dibantah dan terbatal, malah dalam wasiat seseorang pewasiat hanya boleh membuat wasiat 1/3 daripada keseluruhan hartanya.

Justeru ada waktunya, sebahagian dari harta atau sipenerima (benefisiari)  harta pusaka, perlu diserahkan dalam bentuk amanah. 

Mengapa Amanah?

* kerana Amanah melengkapkan wasiat, untuk memenuhi keperluan setlor (sipembuat amanah) yang mana kadangkala wasiat tiada.

*Amanah  memberikan perlindungan tambahan kepada aset berbanding wasiat.

*Terdapat berbagai kelebihan sampingan dalam amanah berbanding wasiat untuk mencapai sesuatu objektif.  

** Namun begitu wasiat harus ditulis untuk melindungi keseluruhan aset dan benefisiari.

petikan dari blog As-salihin :

**********

"Janganlah kamu memakan harta sebahagian yang lain
di antara kamu dengan jalan yang batil"

Surah Al-Baqarah ayat 188

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
Surah An-Nisa ayat 58

Amanah adalah satu tanggungjawab yang wujud apabila seseorang atau satu entiti yang sah (yang dikenali sebagai pembuat amanah) memindahkan hak pemilikan asetnya secara sah kepada mana-mana orang atau beberapa orang (dikenali sebagai pemegang amanah) untuk memegang harta tersebut bagi kepentingan benefisiarinya samada individu atau sebaliknya. Pemegang Amanah menjadi pemilik yang sah bagi aset amanah apabila aset tersebut dipindahkan kepada mereka. Selepas itu benefisiari menjadi pemilik yang bermanfaat ke atas aset amanah tersebut.
Secara ringkasnya, amanah adalah hak ke atas harta, samada harta tak alih atau sebaliknya, yang di pegang oleh satu pihak untuk kepentingan pihak yang lain.

Bentuk-bentuk Amanah

Amanah boleh wujud dalam salah satu daripada tiga bentuk, dinamakan :
  • Amanah Wasiat (iaitu amanah yang dibina di dalam Wasiat dan ia akan berkuatkuasa selepas kematian pembuat Wasiat).
  • Amanah Statutori (iaitu amanah yang dibina secara automatik oleh undang-undang. Contoh bagi Amanah Statutori ialah jika simati meninggal dunia dan mempunyai benefisiari kanak-kanak samada dia membuat Wasiat atau tiada Wasiat).
  • Amanah Hidup (iaitu amanah yang dibina oleh pembuat Amanah ketika hidup dan ia berkuatkuasa segera apabila ikatan amanah ditandatangani oleh pembuatnya dan harta di serahkan kepada Pemegang Amanah).

Tugas Pemegang Amanah

Peraturan yang ketat ditetapkan undang-undang (seperti yang terkandung di dalam Akta Pemegang Amanah 1949 dan Akta Syarikat Amanah 1949) di kenakan ke atas pemegang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemegang amanah tetapi tugas yang lebih berat adalah yang ditetapkan oleh al Quran :
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui"
Surah Al-Anfal ayat 27
Menurut Yusoff Ali di dalam komennya terhadap ayat di atas,tugas Pemegang Amanah ialah untuk menjaga kepentingan orang yang hartanya dipegang dan menyerahkan semula harta tersebut serta menjelaskannya apabila dikehendaki mengikut terma-terma amanah tersebut. Tanggungjawab sebagai Pemegang Amanah dalam agama Islam adalah lebih berat jika dibandingkan dengan tanggungjawab undang-undang.

Amanah sebagai satu mekanisme di dalam Perancangan Harta Islam

Melalui konsep hibah (iaitu pemberian menurut Islam) konsep Amanah menurut Islam boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk pendidikan dan saraan hidup. Ia merupakan alat atau cara yang mustahak di dalam Perancangan Harta Islam.