Sunday, 12 June 2011

siapa Patut Berwasiat?

Ada ketika waktu menghulurkan kad perniagaan, orang akan berkata "eh, perlukan Pengurusan Harta Pusaka ni. Nak kena tulis ke wasiat?


Kenapa tidak? Pengurusan Harta Pusaka sememangnya perlu kepada semua orang, malah terdapat segolongan yang dirasakan harus segera menulis Wasiat ini, sebagaimana berikutnya 


* Mereka yang memiliki harta - sering kita beralasan, bahawa kita 'tak ada harta' tanpa disedari,kita sebenarnya banyak harta, samada harta warisan dari org tua, atau paling tidak simpanan tunai atau KWSP masih juga dikira harta kita.


*Mereka yang mempunyai hutang. Hutang dunia dan utama hutang (kepada ALLAH atau manusia) yang belum dijelaskan. bagaimana waris dapat membantu dan menyelamatkan anda jika mereka tidak tahu dimana, dengan siapa, bila, berapa jumlah hutang anda ..dunia dan akhiarat. ?


*Lelaki yang berpoligami - walapun anda berpoligami dengan telus, dimana setiap dari isteri anda tahu bahawa mereka adalah dalam sebuah perkahwinan berpoligami, Wasiat sangat diperlukan, dimana terdapat hak dan bahagian yang mungkin perlu diberikan secara khusus dan khas, seperti harta sepencarian untuk setiap isteri, mungkin juga hibah dan tabung amanah untuk anak-anak dibawah umur. Apatah lagi jika anda merahsiakan perkahwian seterusnya dan setelah anda meninggal dunia, ia pasti menimbulkan masalah yang sangat berat.


*Ibu dan bapa tunggal - Untuk anak dan waris yang tinggal apatah lagi jika anak-anak anda dibawah umur sekiranya terjadi kematian keatas anda


*Mereka yang mempunyai anak angkat/anak tiri - anak angkat atau anak tiri tidak akan mendapat bahagian dari harta pusaka, akan tetapi anda masih boleh memberikan sebahagiannya melalui wasiat


*Mereka yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun - Ini yang dikatakan anak-anak bawah umur, sekiranya terjadi kematian kepada anda, mereka tidak layak dan belum berhak menguruskan harta pusaka peninggalan anda, justeru bagaimana untuk melindungi hak mereka yang mungkin sekali terabai


*Mereka yang menjalankan perniagaan - Bagaimana anda boleh bersungguh- sungguh mengurus dan merancang perniagaan anda sehingga anda berjaya tetapi anda gagal untuk melindungi bahagian dan hak yang anda usahakan untuk waris anda yang tinggal?


*Mereka yang ingin membuat amal jariah melalui wasiat - Berwasiat bukan sahaja untuk bahagian waris yang ditinggalkan, anda sebenarnya boleh berpesan untuk diri anda sendiri, pesanan yang akan terlaksana selepas anda meninggal dunia dan ia akan menjadi saham untuk anda diakhirat. Dengan berwasiat anda boleh membahagikan sebahagian dari harta anda untuk sedekah dan wakaf.

Justeru mengapa harus dipandang ringan Pengurusan Harta Pusaka anda? Anda bertungkus lumus mengumpul dan membangunkan harta, sampai pada satu tahap yang anda inginkan, tapi anda terlupa bahawa, menguruskannya bukan sekadar sewaktu anda hidup, anda harus meninggalkan pesanan bagaimana ia harus diuruskan dan diagihkan setelah anda meninggal dunia dan ia adalah satu kemestian agar waris yang tinggal juga tidak mengalami kepayahan akibat tiada wasiat.







No comments:

Post a Comment