Mungkin apa yang akan anda lihat, tiada kena mengena dengan anda. Tidak mengalaminya, atau tidak pernah terfikir akan mengalami situasi seperti mana mereka yang telah melaluinya.
Kepada yang telah meninggal dunia, agaknya pernah atau tidak mereka terfikir bahawa inilah yang akan terjadi kepada ahli waris mereka akibat dari tiada tindakkan yang betul dalam pengurusan harta pusaka yang ditinggalkan.
Sebagai manusia, kematian itu pasti, bila? itu bukanlah urusan kita, itu adalah Urusan dan Aturan Allah swt. Tanggungjawab kita ialah untuk melaksanakan apa yang sepatutnya kita urus dan atur sebelum kita meninggalkan waris yang kita sayangi dengan tenang dan cukup keperluan serta tidak terainaya akibat kecuaian kita merancang, mengatur dan mengurus harta.
Justeru itu, bertindaklah segera dengan sistem pembahagian harta pusaka dimana ia merangkumi
* Menyelesaikan perbelanjaan pengkebumian
* Menyelesaikan hutang-hutang (dunia dan akhirat)
* Menyelesaikan harta sepencarian
* Melaksanakan Wasiat
* Membahagikan harta yang tinggal mengikut sistem Faraid.
No comments:
Post a Comment