Pernah berbual dengan teman anda tentang wasiat?
Agaknyakan apa reaksi teman bual anda?
Mungkin bersetuju bahawa, penulisan wasiat itu perlu dan penting.
Mungkin saja tidak bersetuju, asbab salah faham dan rasa sensetif serta 'fobia' bila perkataan 'wasiat' disebut. alasan paling senang, belum nak mati lagi.
Oh ye ke? benarkah?
betullah, memang kalau boleh sampai usia 100 tahun pun kita masih belum mahu mati lagi, tapi Kuasa Allah mengatasi kemahuan manusia dan ia adalah fitrah. Justeru mati itu pasti.
Semua orang tahu. Perkara yang paling penting dalam hidup kita adalah keluarga - betul!
Juga yang penting adalah harta yang telah anda usahakan dan kumpulkan sepanjang usia anda.- juga betul!
Waktu kita masih kuat dan waras kita masih mampu untuk menguruskan segala keperluan diri dan harta, namun pada ketika kita hilang keupayaan, sebahagian dari keputusan penting yang melibatkan diri kita, seperti pengurusan kesihatan, kewangan, harta dan perniagaan akan dibuat oleh orang lain.
Maka itu,bila anda tahu dan sedar bahawa hal ini adalah diluar dari kemampuan kuasa kita untuk menghalang dari sebarang kejadian tidak diingini dari berlaku, maka Perancangan harta pusaka yang baik akan membolehkan anda untuk melindungi kedua-dua yang anda sayangi, iaitu keluarga /waris dan harta anda, serta anda boleh memilih siapa yang anda percayai untuk membantu anda menguruskan urusan peribadi anda sekiranya berlaku sesuatu seperti hilang keupayaan atau kematian.
Merancang sesuatu yang baik dan meninggalkan yang terbaik untuk para waris adalah perlu agar mereka yang tinggal tidak terainaya dan simati pula pergi dengan tenang dan aman, kerana segala urusan didunia ini juga akan berkaitan diakhirat.
Siapa Sebenarnya Mendapat Manfaat?
Mungkin kita terlepas pandang, bahawa, wasiat bukan sekadar menyenangkan waris yang tinggal dengan mendapat bahagian masing-masing, akan tetapi sebenarnya seakan penebus yang memudahkan kita diakhirat kelak iaitu dengan terurusnya hutang-hutang yang kita tinggalkan.
Bukankah kita tahu bahawa, selagi kita masih berhutang, kita wajib melunas dan melangsaikan hutang-hutang tersebut sebelum kita meninggaldunia agar kita dapat mengadap Allah swt dengan tenang dan bukankah syurga itu impian semua orang, namun apabila sahaja kita meninggaldunia sebelum melangsaikan hutang piutang kita, maka segala urusan kita diakhirat juga akan menjadi sangat sukar.
Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi". (riwayat At-Tarmidzi, Ibn Majah, dan Al-Baihaqi)
Justeru, wasiat berfungsi seumpama 'pengurus' anda yang akan melangsaikan hutang anda yang tertinggal sebelum sempat anda selesaikan. Juga memudahkan urusan pembahagian/pengagihan atas harta pusaka yang ditinggalkan.
Mana yang anda Mahu?
Meninggal dalam keadaan tenang, hutang anda terbayar dan terurus, waris mendapat hak dan bahagian dengan adil dan saksama.
atau
Anda meninggal dunia dalam keadaan masih lagi berhutang dan tidak dapat diselesaikan, waris tidak mendapat bahagian dan hak yang sepatutnya akibat harta anda dibekukan?
No comments:
Post a Comment