Tuesday, 8 March 2011

Apa Itu Perancangan Harta Pusaka Islam?

Pernah terfikir atau bertanya apa itu perancangan harta pusaka Islam? 

Patut kah kita merancang?

Bukankah selama ini kita telah pun merancang, bagaimana mengatur dan mengurus harta. 

Akan tetapi dalam konteks ini, ia membawa maksud bahawa Pengurusan Harta Pusaka secara teratur dan sah menurut undang-undang dan hukuk syara' yang dilakukan sebelum seseorang itu meninggal dunia.

Harta individu itu dikumpul, dipulihara dan diagihkan mengikut apa yang telah diikrarkan sewaktu hidupnya dan dilaksanakan selepas dia meninggal dunia dan inilah yang dikatakan Perancangan Harta Pusaka Islam.

Mengapa Kita Perlu kepada Perancangan Harta Pusaka Islam? 

Kerana kita menyangka bahawa harta dan eset yang kita ada akan secara 'automatik' berpindan kepada orang yang kita sayang apabila sahaja kita meninggal dunia.

~"oh saya telah menamakan ibubapa saya sebagai penama didalam polisi insurans saya"


~"saya tak perlukan wasiatlah, sebab saya telah pindahkan kesemuanya keatas nama anak saya"

~"saya banyak hutang, tak ada harta pun buat masa ni"

~"tak payahlah wasiat, membazir je nak buat wasiat ni, kan Faraid dan ada"


~"Eh SAYA MASIH MUDA LAGILAH TAK MUNGKIN MENINGGAL DALAM WAKTU TERDEKAT!"

Namun, hakikatnya, hidup pasti mati. 


"Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati"...
- Al Anbiyaa : 35


Justeru itulah sebabnya kenapa kita perlu kepada Perancangan Harta Pusaka


* Mengelakkan masalah kepada harta pusaka anda


* Memastikan harta dapat dibahagikan kepada orang yang tersayang


* Mengelakkan pertelingkahan atau rasa tidak puashati dikalangan waris


* Untuk melengkapkan lagi perancangan kewangan anda


Maka itu, perancangan Harta Pusaka Islam sangat dianjurkan bagi memudahkan seseorang individu itu dalam pembahagian hartanya terutama untuk menguruskan hutang-hutang dunia dan akhiratnya sebelum apatah lagi selepas dia meninggal dunia.


Supaya anda boleh tidur dengan lena dan berfikiran dengan tenang. Kematian orang tersayang adalah sangat menyukarkan dan tidak mudah menguruskan emosi, namun ada cara untuk meringankan beban mereka yang ditinggalkan.


Iaitu, merancang untuk pembahagian eset semasa kematian anda, ia pun tidak lah mudah , namun ia adalah satu KEPERLUAN!

No comments:

Post a Comment