Tuesday, 29 March 2011

Lelaki mati ditetak rebut pusaka!!

 Kenapa? kenapa sampai jadi begini? bagaimana perasaan anda jika anda yang berada ditempat kejadian. Menyaksikan apatah lagi, bayangkan jika anda yang mengalaminya. Sungguh mendukacitakan.


Sepatutnya harta dapat mengukuhkan kasih sayang, harta peranannya mencukupkan, mana ruang yang kosong terisi. Siapa yang lebih memberi dan menghulur kepada yang tiada, tapi lumrah dunia, kerana harta jualah neraka ditempah, dunia dan akhirat, samada yang terbunuh atau yang hidup, fikirlah masak-masak sebelum bertindak mengikut nafsu amarah.


Justeru, ambillah iktibar dari kisah-kisah masyarakat seperti ini, untuk membuka mata dan fikiran kita, bahawa ada sesuatu yang seharusnya dilakukan agar apabila berlakunya kematian atas diri kita atau mana-mana ahli waris yang lain, kaum kerabat, tidak sampai bertelingkah merebut, mengharap harta yang tinggal. Jadi rancanglah dan susunlah pengagihan harta anda mengikut dan menggunakan cara yang betul.


******

Lelaki mati ditetak rebut pusaka

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki mati ditetak dengan parang selepas bergaduh dipercayai akibat perebutan harta pusaka di Kampung Jasa Sepakat, Pekan Nenas, dekat Pontian, di sini, hari ini.

Tahir Zainal, 41, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Pontian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Muzammil Hashim, ketika dihubungi berkata polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 1.30 petang di rumah pusaka arwah ibu mangsa, Tahir dan isterinya ke sana untuk menyelesaikan masalah harta pusaka bersama dua saudara terdekatnya.

"Tahir yang berang apabila pintu rumah itu berkunci bertindak mengambil kuku kambing dari keretanya untuk memecahkan pintu rumah dan apabila gagal dia mengambil kapak untuk cuba membuka pintu sambil memarahi dan mencabar saudara-saudara terdekatnya itu," katanya.

Beliau berkata, tindakan Tahir menyebabkan seorang saudara terdekatnya itu bertindak mengambil sebilah parang dan sebatang tajak kelapa sawit sebelum pergi ke arah Tahir yang ketika itu bergerak ke bahagian tepi rumah untuk memecahkan pintu belakang.

"Apabila dia menghampiri Tahir, Tahir bertindak menyerang lelaki itu dengan kuku kambing menyebabkan lelaki terbabit menghayunkan parang menetak sebelah kiri badan Tahir," katanya.

Muzammil berkata, lelaki terbabit kemudian menghubungi polis dan ambulans. - Bernama
Moral : mungkin sahaja salah ini bermula dari lelaki pertama, yang datang kerumah orang, tapi bertindak mengikut rasa marah, atau pun lelaki kedua yang bertindak mempertahankan diri. 



Pengajaran darinya. Ingatlah, bahawa harta yang bertimbun tidak lansung menjamin ketenangan kita yang meninggal dunia jika tidak selesai hutang dan urusan, apatah lagi rupanya boleh menyebabkan kematian semata-mata merebutkan bukan hak mutlak mereka tapi kerana tidak dinyatakan dengan jelas pembahagian dan kepada siapa yang patut menerimanya. Maka perebutan menyebabkan hal ini terjadi. 


Justeru, nyatakan apa yang ingin anda buat keatas harta yang tinggal, diagihkan atau dihibahkan atau diwakafkan dalam WASIAT ANDA!

No comments:

Post a Comment