Wednesday, 23 March 2011

Tolong selesaikan hutang saya...

Hutang. ... 

Rasanya pada zaman ini sangat ramai orang yang berhutang, membeli dan mengumpul harta juga menyebabkan kita berhutang, jarang yang mampu membeli tunai, bukan tiada, tapi bilangannya sangat sedikit.


Justeru, bila sudah berhutang, maka kewajiban kita untuk menjelaskan dan melunaskan hutang, sebagaimana yang kita persetujui. 


 

Namun hakikat hidup,kalau pun kita mampu merancang dan mengatur semua keinginan dan plan hidup kita selalunya indah dan mahukan kesudahan yang baik sahaja..


Tapi..tiba-tiba, tanpa disangka-sangka, kita mengalami satu tragedi dan ia sangat menyedihkan iaitu melibatkan nyawa dan kematian kita.

PERNAH TAK KITA BERPESAN....TOLONG SELESAIKAN HUTANG-HUTANG SAYA...HUTANG DUNIA DAN AKHIRAT


Cuba anda buat satu survey, tanyakan kepada kawan dan kenalan anda, dalam 10 orang,  berapa yang telah meninggalkan pesan bahawa, sekiranya terjadi kematian keatas mereka, telah ada seseorang yang akan menjadi wakil mereka, untuk melunaskan hutang-hutang yang mereka tinggalkan melalui harta yang mereka (simati) ada. 


Jadi bagaimana agaknya untuk kita dapat memudahkan urusan, agar apabila berlakunya kematian keatas diri kita, hutang yang tinggal dapat diselesaikan dan waris juga tidak dibebankan dengan masalah lainnya.

Justeru wasiat adalah jawapannyanya. Melainkan anda tahu bila waktunya anda akan meninggaldunia, waktu itu anda tidak memerlukan wasiat. 


Hutang pula jangan kita lupa, bukan sekadar hutang pinjaman perumahan, hutang beli kereta, hutang kad kredit, hutang pinjaman peribadi, itu yang jelas perjanjian dan akadnya. Bagaimana dengan hutang antara saudara mara,adik beradik, atau rakan taulan. 


Malahah yang selalu kita terlepas pandang, hutang juga termasuk hutang akhirat, iaitu puasa, haji, zakat, atau nazar yang belum tertunai. 


Maka itu,wasiat dapat membantu anda mengumpul dan memulihara serta mengagihkan harta dengan sempurna, hutang dapat diselesaikan dan harta dapat diagihkan kepada waris seperti yang dihajatkan. 


Justeru, sebagaimana kita sibuk setiap pagi setiap hari selama bertahun-tahun bekerja keras menjana rezeki dan mengumpul harta, fikirkan juga bahawa kita harus berusaha membuat rancangan yang betul bagaimana harta itu akan diuruskan setelah kematian kita.


Alangkah ruginya jika sewaktu kita hidup, kita berusaha keras dan bersungguh-sungguh mendapatkan dan mengumpul harta, tapi apabila kita meninggal dunia, kita membiarkan ia terbeku dan mengambil masa yang panjang dan  laluan yang sangat sukar untuk diagih-agihkan kepada waris yang tinggal semata-mata kerana kita tidak menyediakan wasiat untuk memudahkan cara apatah lagi mempercepatkan proses.


Bukankah lebih puashati malah kita akan pergi dalam keadaan lebih tenang jika kita telah uruskan dan tinggalkan pesanan untuk hutang dan harta-harta kita selepas kematian kita kelak..

oh.. tolong lah uruskan hutang-hutang saya,...boleh?



No comments:

Post a Comment